PENGUMUMAN

Assalamualaikum..

Kami sedang mencari bekas-bekas pelajar MPIK.
Sila beri komen bernas anda untuk sama-sama memajukan MPIK.

Sebarang pertanyaan atau makluman sila hubungi di :

013 - 7026352
( Setiausaha Alumni)

atau emailkan

tasnim_nasuha@yahoo.com.my

atau poskan di Page Ex-Student MPIK

Klik sini untuk ke Page Ex-Student MPIK
:: Terima Kasih atas keprihatinan anda semua ^_^ ::

PERHATIAN

MAJLIS JEJAK KENANGAN TELAH DITETAPKAN TARIKHNYA SETIAP TAHUN IAITU

HARI RAYA AIDILFITRI (RAYA KE-3) SETIAP TAHUN
SEMUA BEKAS-BEKAS PELAJAR DIJEMPUT HADIR..


YURAN:RM20(INDIVIDU)
RM30(KELUARGA)

YURAN DIBUAT KETIKA MENDAFTAR PADA HARI MAJLIS DIJALANKAN

SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN

Akaun(Maybank) :552068010801
Nama :Tabung Pembangunan MPIK
Tel:04-9252211
Faks:04-9255233
Friday, September 02, 2011

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bersyukur kehadat ilahi dengan limpah kurnianya Majlis Jejak Kenangan kali ke-3 telah diadakan dengan penuh jayanya petang tadi.Sejuta terima kasih diucapkan kepada Ahli jawatankuasa Badan Alumni Maktab Pengajian Islam Kedah (BADAI) kerana bertungkus lumus menjayakan majlis kali ini.

Majlis kali ini dianggap berjaya kerana dapat mengumpulkan hampir 100 orang bekas-bekas guru serta pelajar mulai dari tahun 1989 sehingga tahun 2011.Program bermula tepat pukul 3 petang dengan ucapan dan kata-kata aluan dari Pengerusi majlis diikuti dengan pengerusi tetap Majlis jejak kenangan saudara Zulhairi.


Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Pengetua Datuk Paduka Muhammad Baderuddin Haji Ahmad.Dalam ucapan beliau,beliau menyingkap kembali zaman-zaman ketika pembukaan semula MPIK pada tahun 1987.Pelbagai pengalaman pahit manis diceritakan beliau.Antaranya ketika kerajaan pusat melakukan penarikan dana RM30 ribu setahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) diseluruh negara.Namum,Alhamdulilah dengan berkat Allah SWT semuanya dapat diatasi dengan jayanya.Satu perkara yang juga disentuh oleh Tuan Pengetua dalam ucapannya adalah berkenaan rasa berbangga dan gembira dengan sambutan yang setiap tahun semakin meningkat jumlah kehadiran bekas-bekas pelajar.


Selain itu,Tuan Pengetua juga melancarkan "Sijil Dana Pembangunan",yang mana sijil ini bertujuan untuk mengumpul dana untuk membangunkan blok sekolah,asrama serta dewan makan.Kos yang dianggarkan adalah RM1.2 juta.Sekiranya ada diantara bekas-bekas pelajar yang ingin menderma bolehlah dimasukkan ke

  • Akaun(Maybank) :552068010801
  • Nama :Tabung Pembangunan MPIK
  • Tel:04-9252211
  • Faks:04-9255233

Kini MPIK,tempat kita menimba ilmu suatu ketika dahulu masih lagi berdiri megah,manakala guru-guru dengan penuh semangat mendidik anak-anak bangsa tanpa rasa jemu agar menjadi insan berguna dan berbakti kepada agama,bangsa dan negara.Terlalu banyak kenangan pahit dan manis kita lalui semasa menuntut disana,namun dari pengalaman pahit itulah yang menjadikan kita semakin matang dan bijak dalam membuat sebarang keputusan.Akhir sekali,dengan adanya Majlis Jejak Kenangan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan sillaturrahim antara rakan dan guru.

Saturday, March 26, 2011
Assalamualaikum,

Maaf sangat-sangat kerana dah lama tak update blog..



Monday, February 14, 2011

Sejarah dan hukum sambut Maulidurrasul s.a.w



MAULID berasal dari perkataan Arab yang bermakna melahirkan terutamanya merujuk kepada kelahiran bayi.

Namun dalam konteks hari ini ia dirujuk khusus kepada hari keputeraan Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun.

Sejarah ringkas

Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secara besar-besaran.

Mereka bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain.

Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 H atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer.


Ia berhenti diraikan sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan.

Apabila kerajaan al-Ayubbiyyah merampas kuasa, semua perayaan itu sekali lagi dihentikan.

Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka secara tertutup.

Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen ‘Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil.

Muzafar yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul hingga memerintahkan persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin.

Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan itu dalam khemah yang telah didirikan.

Hujah membolehkan Maulidur Rasul

Antara ulama yang menyokong Maulidur Rasul terutamanya Imam Jalaluddin Sayuti dan Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradawi.

Imam Jalaluddin Sayuti:

“Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia”.

Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi: “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah.

“Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.

“Sa’d bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran.

“Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.

“Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.

“Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

“Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam”.

Antara dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:

1) Allah berfirman yang bermaksud: Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran) mereka itulah yang beruntung. (al-A’raf: 157)

Keterangan: Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. (Ibrahim: 5)

Keterangan: Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ adalah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar”.

3) Bahawasanya Nabi Muhammad datang ke Madinah maka beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharam, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari itu dikaramkan Firaun dan pada hari itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan”.

Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu”. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata, bahawa dari hadis itu dapat dipetik hukum: Umat Islam dibolehkan bahkan dianjur memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari Maulud, Israk dan Mikraj dan lain-lain.

- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.



Rujukan : http://feryco.com/sejarah-dan-hukum-sambut-maulidurrasul-s-a-w



Friday, August 06, 2010
http://fc01.deviantart.net/fs71/f/2010/201/c/0/Because_he_is_a_muslim____by_Nayzak.swf


cuba copy dan buka link diatas...
Tuesday, July 06, 2010

Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.


3 Julai, Kem Kenari Nature Park, Yan – Majlis perasmian penutup untuk Kem Pemantapan Sahsiah 2010 (PERMATA ’10) telah Berjaya disempurnakan oleh wakil kepada pengetua Maktab Pengajian Islam Kedah iaitu ustaz Mahyuddin bin Haron. Kem yang dilaksanakan selama 3 hari dua malam ini bertujuan meningkatkan keperibadian dan penghayatan para peserta berkaitan Islam dan Akhlaq. Para peserta terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 3,4 dan 5.

Pengerusi Alumni, ustaz Zulkhairi bin Abdul dalam ucapannya di majlis perasmian penutup berkata bahawa pihak alumni amat berterima kasih kepada pentadbiran sekolah yang memberikan kerjasama penuh kepada alumni dalam menjayakan kem ini. Ucapan terimakasih juga ditujukan kepada barisan urusetia dan para fasilitator yang terlibat. Beliau juga berharap agar para peserta mendapat pelbagai manfaat menerusi kem ini.

Pengisian kem PERMATA ’10 ini lebih menjurus kepada pembentukan keperibadian dan menanamkan penghayatan Islam didalam diri para peserta. Mereka didedahkan dengan konsep Aqidah, Ibadah dan Akhlaq Islamiyyah yang sebenarnya. Malah modul-modul kepimpinan dan yakin diri turut diselitkan.








Saturday, June 19, 2010


All copyright from You tube...Thank to who upload this video...


terima kasih diucapkan kepada admin video ini...diharap dapat membuka mata sahabat-sahabat sekalian..Amin.........



Monday, June 14, 2010
Ertinya: Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan.

Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan 7 petala langit dan tuhan yang mempunyai arasy yang agung. Dan tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Sumber rujukan doa : http://www.muftiselangor.gov.my
Monday, May 31, 2010
PEMBUNUHAN TERBUKA DI LAUT LEPAS


Dunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean
KUALA LUMPUR, Mei 31 – PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.
HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.
“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.
“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.
Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata.
Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.
Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.
HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.
Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.
Siaran Media
Hubungi: Encik Amran Baharum
Telefon: (+6) 019-225 4105 /251 4105
Web : www.lifeline4gaza.org
Emel : media@lifeline4gaza.org
Mei 31, 2010

No related posts.


sumber :http://www.lifeline4gaza.org/2010/05/31/kenyataan-media-haluan-malaysia/

Saturday, May 29, 2010




MPIK, 29/5/2010 – Mesyuarat Jawatankuasa BadanAlumni telah diadakan bertempat di Kelas tingkatan 6 MPIK. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa tetap Alumni di samping beberapa pemerhati yang turut dijemput.

Agenda mesyuarat banyak berkisar mengenai perancangan untuk penubuhan Alumni secara berdaftar dengan pertubuhan negeri. Isu-isu berkaitan penubuhan Alumni turut dibincangkan termasuklah program-program terdekat yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Seterusnya, pihak Alumni telah mengadakan ziarah ringkas ke rumah ke rumah pengetua, PM Dato’ Syeikh Haji Muhammad Baderuddin bin Haji Ahmad. Beliau ternyata memberikan sokongan penuh kepada usaha untuk menggerakkan alumni sekolah. Malah, amatlah besar harapannya untuk Alumni membantu dalam menggerakkan pembangunan sekolah dari aspek dana dan juga pembentukan sahsiah.

Mesyuarat sedang dijalankan

berziarah ke rumah pengetua

Menurut Tuan pengetua, Pentadbiran sekolah menyimpan hasrat untuk membina semula bangunan sekolah yang sudah terlalu uzur, namun masih belum mencukupi dari sudut kewangannya. Oleh itu, pihak alumni menyeru semua bekas pelajar Maktab Pengajian Islam Kedah untuk sama-sama memberikan sumbangan sama ada dari aspek material ataupun spiritual kepada usaha menggerakkan dan memajukan kembali MPIK. Sebarang cadangan danidea amatlah dialu-alukan oleh pihak alumni. Malah, pihak alumni amat terbuka untuk menerima sebarang komentar dan kritikan daripada semua bekas pelajar MPIK.

Ziarah ini berakhir selepas Zohor.

.

Nada



Followers

LOGO

LOGO
Logo Sekolah

PENGETUA

PENGETUA
PROF MADYA DATO' BADERUDDIN BIN HJ.AHMAD

Organisasi

Organisasi Badan Induk Alumni MPIK (BADAI)


Penaung

Prof. Madya Dato’ Syeikh Muhammad Baderuddin bin Haji Ahmad


Pengerusi

Ahmad Zukhairi Bin Abdul


Timbalan Pengerusi

Md Shukri Bin Sawai


Setiausaha

Wan Nurulhuda Binti Wan Jusoh


Bendahari

Zalini Binti Ramli


Biro Tajaan dan Publisiti

Abdul Syukur bin Mohammad Saad

Sharifah Aziah binti Sh. Ramlee


Biro Kebajikan dan Aktiviti

Mohd Akkal bin M.Desa

Nur Shuhada binti Manap


Biro Perhubungan

Mohd Khairi bin Norseman

Siti Nor Shuhada binti Razali


Blogger Alumni

Hari Ini :

Bincang_borak

Sekarang jam: